9 KELEBIHAN MENJADI DROPSHIP MODEL BARU DENGAN NURRAYSA.

Hai! Assalamualaikum.

Kalau anda terdetik di hati dan yang dah mula terfikir nak buat satu bisnes sendiri yang boleh berikan anda pendapatan sampingan untuk menampung atau menambah wang dalam poket atau dalam akaun untuk perbelanjaan kehidupan anak isteri, saya akan sarankan diorang bermula dengan dropship.

Dalam bisnes dropship, kita hanya bertindak sebagai wakil jualan. Fokus kita hanya mempromosikan dan membuat jualan produk milik supplier (pembekal produk).

Ada banyak kelebihan buat bisnes dropship untuk sesiapa saja yang nak mula buat bisnes. Dalam artikel ni, saya akan terangkan 9 kelebihan buat bisnes dropship yang akan buka fikiran anda kenapa anda kena mulakan buat bisnes dropship hari ni jugak! Jom layan…

1. Sangat Senang Nak Mula! – Tak perlu Sijil Pelajaran.

Kalau kita nak mohon kerja pun kadang-kadang kita jumpa kerja yang mintak kita berpengalaman 5-6 tahun. Celah mana nak ada pengalaman kerja banyak tu kalau baru je habis belajar? Kalau yang Kurang Mahir bab belajar pun celah mana nak dapat result yang baik kan.

Tapi untuk mula buat bisnes dropship, anda tak perlu pun ada pelajaran dalam bidang bisnes dan tak perlu pun ada pengalaman berbisnes. Anda cuma perlu faham macam mana konsep menjalankan bisnes dropship dan langkah-langkah untuk mulakan bisnes dropship.

2. Anda Tak Perlu Keluar Modal Beli Produk Sendiri!

Bisnes dropship ni jugak satu bisnes berjual beli sesuatu produk fizikal. Cumanya, kalau anda buat bisnes secara dropship, anda tak perlu pun keluar modal dulu untuk beli atau buat produk sendiri.

Kalau kita nak beli borong dulu sesuatu produk untuk dijual, awal-awal lagi kita dah kena keluar modal. Kalau kita nak buat bisnes bukak gerai pun, banyak jugak modal yang perlu diguna untuk beli peralatan dan bahan-bahan. Kalau nak buat produk sendiri lagi banyak.

Tapi kalau buat bisnes secara dropship, kita tak perlu keluar modal untuk beli produk. Kenapa? Sebab dalam bisnes dropship, kita bertindak sebagai wakil jualan atau orang tengah. Tugas kita sebagai agen dropship cuma promosikan produk milik supplier (HQ) sahaja.

Dengan segala info produk seperti gambar dan butiran produk yang Leader HQ bekalkan pada kita, kita promosikan je dulu kat media sosial dan Facebook Page. Anda jual dengan harga mark-up Pelanggan/retail.

Kalau ada orang yang berminat dan nak beli dari anda, baru anda bayar pada supplier untuk produk tu dengan harga agen yang telah ditetapkan. Anda buat untung dari harga jualan yang telah anda mark-up tadi!

3. Anda Tak Perlu Simpan Stok Produk

Sebagai agen dropship, anda tak perlu fikir pasal nak sewa warehouse atau ruang nak letak produk sebab anda sendiri tak perlu simpan stok produk! Huhu. Disebabkan semua produk yang kita nak jual adalah milik supplier/ HQ, diorang sendiri yang akan simpan dan jaga keluar masuk stok produk.

Ni gambar MNBO melawat HQ

Bila bisnes anda dah slow-slow berkembang dan dah simpan untung runcit lebih sikit nanti, anda boleh la nk pegang stok untuk memudahkan orang terdekat nak beli dengan anda. Produk dah ada dekat tangan lagi senang pelanggan dekat nk beli. Pegang stok untuk market kawasan anda tiggal sahaja yang mudah anda nak COD. Tak perlu Pegang Stok yang banyak.

4. Anda Tak Perlu Uruskan Penghantaran Produk! 

Bila stok produk pun anda tak simpan, anda jugak tak perlu uruskan penghantaran produk kepada alamat pelanggan yang membeli dari anda. Cuba teka siapa yang kena ke pejabat pos untuk buat penghantaran produk? HQ lagi! HQ produk anda yang akan buat penghantaran produk kepada pelanggan anda.

Bila pelanggan buat pesanan dari anda dan membayar pada anda harga jualan yang anda tetapkan, anda cuma perlu pass-kan butiran order pelanggan seperti nama, alamat dan nombor fon pelanggan kepada HQ. Kemudian HQ akan memaklumkan kepada anda jika pedanan sudah dihantar kepada pelanggan anda.

Anda juga hanya perlu bayar harga Dropship yang telah ditetapkan untuk produk tersebut kepada HQ bersama-sama butiran pelanggan yang anda berikan. Sekarang anda dah boleh nampak sikit-sikit kan proses buat bisnes dropship macam mane?

Ini adalah cara kerja dropship.

5. Jimat Masa Anda!

Jangan la sampai goyang kaki, kita sebagai agen dropship atau wakil jualan mesti perlu fokus pada zero kos marketing , tarik prospek, dapatkan pelanggan dan buat jualan. Dan semua benda ni perlukan ilmu, masa dan usaha. Kalau tak usaha dari mana nak masuk rezeki kan.

Anda tak payah beli produk dulu, anda tak payah simpan stok produk dan penghantaran produk pun HQ yang uruskan. Ai, goyang kaki betul buat bisnes dropship ni ye? Anda kena buat apa je lagi? Dah macam jadi boss je kan.

Paling best anda Tak perlu fikir nak keluar produk apa, nak pilih packaging macam mana, Nak kene Pergi buat sijil halal, Tak Perlu nak pening buat ads marketing berbayar makan ribuan ringgit setiap bulan. Tu semua kerja founder produk dan HQ. Bukan senang nak jadi founder ya. Belajar BINA BISNES dengan Dropship dahulu. Jadi anda banyak masa untuk belajar branding, marketing dan produk Knowledge.

Training Bina Bisnes pun HQ sediakan ya.

6. Anda Tak Perlu gajikan staff Atau Pekerja!

Untuk anda yang baru nak mula buat bisnes kecil-kecilan ni, selagi boleh nak jimatkan kos dan modal jadi tak perlu sampai upah staff atau pekerja.

Serius cakap, anda boleh mula buat bisnes dropship ni walaupun anda seorang diri. Orang putih cakap, solopreneur. Bergaya gitu. Anda tak perlu upah staff atau pekerja sebab bisnes dropship ni senang je nak uruskan sebab anda masih baru, untung dropship cukup untuk tampung belanja harian dan tambah duit dapur pun ok la kan.

7. Bisnes Dropship Mengajar Anda Uruskan Bisnes!

Sebelum anda melangkah ke level bisnes yang lebih besar dan lebih banyak risiko seperti menjadi Stokis contohnya, buat bisnes dropship dapat mengajar anda uruskan bisnes dan bagi anda pengalaman tentang selok-belok buat bisnes.

Anda akan belajar proses menjalankan perniagaan daripada memilih produk yang ada permintaan, membuat perbincangan dan perjanjian dengan pelanggan , merancang strategi dan teknik-teknik mempromosikan produk, merancang supaya produk sampai ke tangan pelanggan dengan lancar, menawarkan servis khidmat pelanggan yang terbaik dan sebagainya sehingga anda ada senarai nombor telefon database pelanggan yang setia dengan produk yang anda jual.

8. DAPAT SISTEM E-COMMERCE PERCUMA

Pada masa kini, kita dapat melihat populariti penggunaan internet dan kemajuan teknologi, ianya terlalu cepat dan senang untuk membeli belah secara atas talian berbanding sebelum ini. Pengguna internet kini tidak lagi hanya duduk dan menghantar emel atau membuat assignment kerja sahaja. Manusia pada masa kini menggunakan laptop, tablet dan tentunya smartphone yang terlalu variasi teknologinya. Transaksi jual beli pada masa kini semuanya di internet. Hanya pilih barangan dan masukkan info pembayaran, mereka hanya perlu menunggu barang sampai ke tangan mereka.

Contohnya dengan Mendaftarkan Id sebagai Ahli Dropship Nurraysa. HQ Nurraysa memberikan link referral e-Commerce secara PERCUMA. Ia ibarat website e-Commerce itu adalah milik anda. Lengkap dengan sistem pendaftaran ahli, training dan produk di dalamnya macam laman website membeli belah shopee, lazada dan lain-lain lagi. Jika ada pelanggan berminat nak membeli produk dengan anda, hanya perlu diberikan link referral e-Commerce Nurraysa dan mereka boleh mendaftar sendiri sebagai ahli biasa atau ahli dropship di dalamnya. Malah mereka dapat membeli bila-bila masa sahaja dan dimana jua walaupun anda sedang tidur, jualan boleh berlaku apabila pelanggan atau ahli di bawah anda membeli melalui e-Commerce Nurraysa.

Mungkin ada yang tidak tahu, untuk membangun website e-Commerce sangatlah mahal memakan harga ratus hingga ribu ringgit. Dengan menyertai Dropship Nurraysa, sistem website e-Commerce diberikan PERCUMA dan anda boleh melakukan pembelian untuk diri sendiri juga walaupun anda ada di rumah. Tidak perlu pergi ke kedai atau rumah leader untuk restok produk. Semuanya di hujung jari sahaja. Begitu juga pelanggan anda setelah anda daftarkan mereka sebagai ahli, atau mereka daftar sendiri di link referral anda, setiap sen yang mereka belanjakan akan direkod dalam sistem sebagai jualan kumpulan anda.

Tidak perlu pelanggan anda yang jauh untuk susah-susah datang ke rumah anda sebab anda tidak memegang stok, tetapi mereka boleh membuat pesanan terus di sistem dan tunggu barang sampai di depan rumah.

Terbaru ialah Syarikat Nurraysa membangunkan Applikasi Nurraysa. Hanya yang berdaftar dan memiliki id boleh menggunakan App ini dengan hanya menginstall di Google play Store.

Applikasi NURRAYSA

9. WALAUPUN DROPSHIP, ANDA DAH LAYAK MEMBINA TEAM SENDIRI.

Kalau dulu, dropship ni tak boleh ada team bawah dia sebab harga produk menjadi sama, tiada untung. Contoh Harga sabun kolagen untuk dropship rm28, jika anda ada team bawah anda harga mereka jadi sama, maka tiada untung profit di situ. Jadi untuk dapat untung profit anda kene menjual sorang – sorang kepada orang baru untuk dapat untung yg tinggi. Nak dapat pelanggan baru setiap hari 10 orang pun bukan main susah kan. Jadi berapa sangatlah pendapatan Dropship ni kan untuk sebulan. Kene kerja keras sorang-sorang. Kalau nak untung besar kene keluar modal besar sendiri untuk upgrade kepada agent atau stokis sebab nak untung yg lagi besar.

Dengan Sistem Dropship baru. Anda layak untuk naik level agent atau stokis tanpa anda keluarkan modal. Contoh ada yang berminat nak mencuba produk Nurraysa. Anda jual pada harga pelanggan dahulu untuk dapatkan untung retail. kemudian ajak dia untuk daftar sebagai ahli biasa (member) , jika setuju terus daftarkan dia di sistem anda. Ia ibarat anda mengikat pelanggan anda untuk terus membeli dengan anda kerana bila dah berdaftar harga menjadi lebih murah.

9 jenis pendapat ikut kpi bulanan

Contoh Jika anda berjaya daftarkan 10 orang ahli baru dan 5 orang daripada mereka membeli Rm150 setiap seorang jumlah pembelian mereka adalah Rm750, maka secara rasminya anda sudah mencapai level 1 ( agent) pada bulan tu tanpa anda keluar modal sendiri rm750 untuk menjadi agen. Untung sebagai agent atau stokis akan dibayar dalam bentuk komisen. Siap ada selit gaji lagi jika dah capai level 1 ke atas. Sebab tu Anda perlu pilih sistem dropship baru sebab ia akan membina bisnes anda ke arah yang lebih tinggi lagi.

KPI bermaksud jualan Kumpulan termasuk jualan personal dalam tempoh sebulan.
CONTOH PENYATA GAJI YANG DITERIMA OLEH SALAH SEORANG DROPSHIP

KESIMPULAN

Jika dulu anda menjadi dropship hanya untuk cuba-cuba nak income geli-geli jer. Itupun makan tahun untuk dapatkan hasil. Mungkin 2 atau 3 tahun. Kerana tiada ilmu yang betul, anda tidak mendapat hasil yang diinginkan dan mula mencuba dropship produk jenama lain pula. Ia akan berulang dan merugikan masa anda hanya bermain di tahap yg sama. Kerana tanpa ilmu yang betul anda akan kekal dan stuck pada level dropship selama-lamanya.  Impian-impian anda hanya tinggal impian kerana tahap kewangan masih kekal di tahap yang sama. Seperti semua maklum, Impian dan Matlamat kita kebanyakannya perlu dibayar dengan wang ringgit. Jika hanya bermain di level yang sama tanpa ilmu mana mungkin tahap kewangan akan bertambah. Jika mahu join dropship biarlah sampai boleh buat ratus ribu jualan atau juta-juta jualan.

Saya sarankan anda pilih menjadi dropship kepada syarikat yang menawarkan training yang mantap dan sistem yang mantap untuk anda membina bisnes yang mampu kembawa anda ke level yang lebih baik dan peningkatan income yang konsisten bertambah dari tahun ke tahun.

Kelebihan Dropship jangka panjang.

Jika anda serius nak mulakan perniagaan yang berjaya. Mulakan sebagai dropship Nurraysa. Kami team Nurraysa akan guide anda dari kosong hingga boleh jana pendapatan yang anda impikan.

Leader2 MNBO yang melahirkan leader-leader yang hebat Di GALA DINNER AND AWARD PADA FEBUARI 2022

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close